We see, We Share, We Write, We Publish, We Photograph, We Capture, We linked. This is Gudongz Blog
Wednesday, 23 January 2013
Monday, 21 January 2013
Kisah Pokok Epal. By ( Jangan baca buku ini lagi Book’s ) - GudongZ
Kisah Pokok Epal. By ( Jangan baca buku ini lagi
Book’s ) - GudongZ
~Untuk renungan kita bersama…~
Suatu masa dahulu, terdapat
sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar datang
bermain di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut,
memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu
terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi
tempat permainannya itu. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa
berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak
lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun
begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang
sedih.
“Marilah
bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.
“Aku
bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab
budak remaja itu.
“Aku
mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu
lagi dengan nada yang sedih.
Lalu
pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya
untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang engkau
inginkan.”
Budak
remaja itu berasa teruja dan gembira dengan cadangan pokok epal tersebut, dan
dia memetik semua epal yang terdapat pada pokok epal, dengan perasaan gembira
lalu dia membawa epal-epal itu meninggalkan tempat tersebut. Pokok epal itu
merasa sedih dan kesunyian.
Masa berlalu....
“Marilah
bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.
“Aku
tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin
membina rumah untuk keluargaku. Bolehkah engkau menolongku?” Tanya budak itu.
“Maafkan
aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang
besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan
cadangan.
Lalu,
budak yang semakin dewasa itu memotong semua dahan pokok epal itu dan pergi
dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumbang gembira tetapi kemudiannya merasa
sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu
hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya
adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah
matang dan dewasa.
“Marilah
bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.
“Maafkan
aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku
sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya aku tidak
mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.
“Aku
tidak mempunyai bot untuk diberikan kepadamu. Tetapi kau boleh memotong
batangku untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” cadang
pokok epal itu.
Lelaki
itu merasa amat gembira dan menebang serta-merta pokok epal itu. Dia kemudiannya
pergi dari situ dengan hati yang gembira dan tidak lagi kembali selepas itu.
Namun
begitu, pada suatu hari. Seorang lelaki yang sedang dimamah usia, datang menuju
pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok
epal itu.
“Maafkan
aku. Aku tidak dapat lagi membantumu. Aku sudah memberikan semua epalku untuk
kau jual, dahanku untuk kau buat rumah dan batangku untuk kau buat bot. Aku hanya
tinggal tunggul dengan akar yang hampir mati...” kata pokok epal itu dengan
nada yang pilu.
“Aku
tidak mahu epalmu kerana aku sudah tidak mempunyai gigi untuk memakannya, aku
tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu
batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat
dan ingin berehat,” jawab lelaki tua itu.
“Jika
begitu, berehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu.
Lalu
lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua
menangis kegembiraan.
*Cerita ini adalah untuk memberi renungan kepada
kita terhadap pokok epal itu yang boleh diungkapkan sebagai ibu bapa kita dan
budak lelaki itu sebagai anak. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan
mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk
meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan
apabila kita di dalam kesusahan, namun begitu, mereka tetap menolong kita dan
melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.
Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu
bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya
bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibubapa mereka. Hargailah jasa
ibubapa kepada kita. Jangan hanya kita menhargai mereka semasa menyambut hari
ibu dan hari bapa setiap tahun. Fikirkanlah...........
Written by GudongZ™
Original Idea by Fr. Nicholas Stephen© ( Jangan lagi baca ini buku bah ! )™
For Gudong Kuruntung Basoq™ – Basoq.blogspot.com©
Wednesday, 9 January 2013
Jangan Benci Saya, Mama
( Kisah ini merupakan satu “Kisah Nyata”
di Irlanda Utara)
AKU ADALAH SEORANG IBU YANG SANGAT
BERDOSA DI DUNIA INI.
Sebelum ajal
menjemputku, aku ingin menceritakan satu hal yang palingku kesali seumur
hidupku. 20 tahun lalu, aku telah melahirkan seorang anak lelaki, wajahnya
sangat tampan, namun terlihat agak bodoh. Adam suamiku memberinya nama Sam.
Semakin lama semakin kelihatan bahawa anak ini memang akan menjadi bodoh dan
terbelakang. Aku berniat untuk membuang ataupun memberi anak ini kepada orang lain
untuk dijadikan anak angkat ataupun hamba mereka. Tetapi Adam melarang aku
untuk melakukan perkara buruk itu. Akhirnya, dengan keadaan terpaksa, aku
membesarkannya juga.
Dua
tahun setelah Sam lahir, aku melahirkan kembali seorang anak perempuan yang cantik.
Aku menamakannya Angelica, Aku sangat mengasihi Angelica, demikian juga Adam,
suamiku. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikanya
pakaian yang cantik-cantik. Namun tidak demikian halnya dengan Sam, dia hanya
memiliki beberapa pakaian yang sudah usang. Suamiku berniat juga untuk
membelikan pakaian untuk Sam tetapi aku melarangnya untuk tidak membeli dengan
alasan untuk menjimatkan perbelanjaan keluarga, Adam selalu saja menuruti
kataku.
Saat Angelica berusia 2 tahun, suamiku
Adam meninggal dunia. Saat itu Sam berusia 4 tahun. Keluarga kami menjadi
semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Setelah rumah kami terjual
untuk membayar hutang, kami tinggal di sebuah pondok usang, sebuah pondok yang
sangat kecil dan kotor. Akhirnya aku mengambil keputusan yang membuatkan aku
menyesal seumur hidupku. Aku pergi meninggalkan kampong kelahiran dan pondok
usangku, saat Sam sedang tidur nyenyak, meninggalkan Erik bersendirian dalam
pondok usang tersebut.
Satu tahun, 2 tahun, 5 tahun bahkan 10
tahun telah berlalu sejak kejadian tersebut dan aku telah menikah dengan Brad.
Usia pernikahan kami telah menjangkau 5 tahun.
Berkat Brad, sifat-sifat burukku yang
mulanya pemarah, egois dan tinggi diri berubah sedikit demi sedikit menjadi
lebih sabar dan pengasih. Angelica telah berumur 12 tahun dan kami
menghantarnya ke sekolah Asrama Puteri, sekolah Jururawat. Tidak ada lagi yang
ingat tentang Sam dan keadaanya. Sampai satu malam, aku bermimpi tentang
seorang anak, wajahnya tampan tapi pucat sekali. Dia melihat ke arahku. Sambil
tersenyum, dia berkata, “Makcik, apakah makcik kenal dengan ibu saya? Saya
rindu sekali dengan ibu saya!”.
Setelah berkata demikian, dia mula
berganjak pergi, namun aku menahannya, “Tunggu, sepertinya aku mengenali kamu,
siapakah nama kamu, anak manis?”
“Nama aku Sam, makcik,” “Sam….? Sam….ya
Tuhan! Kau benar-benar Sam?”
Aku langsung tersentak dan bangun. Rasa
bersalah, menyesal dan berbagai perasaan lain menerpa diriku saat itu.
Tiba-tiba terlintas kembali kisah tragis yang berjadi dahulu. Seperti kisah
yang berputar di kepalaku. Baru aku sedari betapa jahat dan kejamnya
perbuatanku dahulu. Rasanya aku seperti mahu mati saja pada saat itu. Ya, aku
harus mati…mati…mati..ketika jarak pisau yang aku goreskan ke pergelangan
tanganku tinggal seinci, tiba-tiba bayangan Sam terlintas di fikiranku.
Ya Sam, mama akan menjemputmu Sam….
Petang itu, aku meletakkan kereta Honda
Civic biruku di samping sebuah pondok usang. Brad dengan pandangan hairan
menatapku dari samping. Kemudian dia bertanya, “Eve, apa yang sebenarnya
terjadi?” “Oh, Brad, kau pasti akan membenciku selepas aku menceritakan tentang
hal ini yang telah ku lakukan di masa lalu.” Kemudian aku menceritakannya
teresak-esak. Ternyata Tuhan sungguh baik kepadaku. Ia telah memberikan
kepadaku suami yang begitu baik dan penuh pengertian.
Setelah tangisan ku reda, aku keluar
dari kereta dan Brad mengikuti ku dari belakang. Mataku menatap erat pada
pondok usang yang terbentang dua meter di hadapanku. Aku mulai teringat betapa aku
pernah tinggal di pondok tersebut selama beberapa bulan lamanya.
Mataku mulai berkaca-kaca, aku mengenali
kain tersebut sebagai baju yang dipakai oleh Sam sehari-hari. Beberapa saat
kemudian dengan perasaan yang sukar digambarkan, aku pun keluar dari ruangan
itu. Air mataku mengalir dengan deras, saat itu aku hanya berdiam sahaja.
Sesaat kemudian, aku dan Brad menaiki kereta dan meninggalkan tempat tersebut.
Tiba-tiba aku melihat seseorang di belakang kereta kami. Aku sangat terperanjat
kerana waktu itu sangat gelap kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat
kotor, ternyata ia seorang wanita tua.
Kembali aku tersentak, ketika dia
tiba-tiba menegur dengan suaranya yang garau, “Hei, Siapa kau?! Mau apa kau
kemari?” Dengan memberanikan diri, aku bertanya, “Ibu, apakah ibu kenal dengan
seorang anak bernama Sam yang dulu tinggal disini?” Ia menjawab, “kalau kau
adalah ibunya, “Kalau kau adalah ibunya, kau adalah orang yang terkutuk!!
Tahukah kau 10 tahun yang lalu saat kau meninggalkannya di sini, Sam terus
menunggu ibunya dan terus memanggil ‘mama…mama…!!!’ kerana tidak sanggup, aku
kadang-kadang memberinya makan dan mengajaknya untuk makan bersamaku. Walaupun
aku orang miskin dan hanya seorang pengemis, namun aku tidak akan sanggup
meninggalkan anakku sendiri seperti itu! 3 bulan yang lalu, Sam meninggalkan
sekeping kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari setiap hari selama
bertahun-tahun hanya untuk menulis surat ini untukmu.”
Aku lalu membaca tulisan di kertas itu,
“Mama, mengapa mama tidak pernah kembali? Adakah mama memarahi Sam? Mama,
biarlah Sam saja yang pergi yang penting mama harus berjanji kepada Sam untuk
tidak marah lagi pada Sam. Selamat tinggal ma…” Aku menjerit hysteria setelah
membaca surat itu. “Bu, tolong katakana..katakan dimana Sam sekarang? Aku
berjanji akan mengasihinya mulai sekarang! Aku tidak akan meninggalkannya lagi,
bu…!! Tolong katakana…!! Brad lalu memeluk tubuhku yang bergetar.
“Puan, semua sudah terlambat (dengan
nada lembut). Sehari sebelum puan datang, Sam sudah meninggal dunia. Dia
meninggal dunia di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah.
Hanya demi menunggumu, dia rela bertahan di belakang pondok ini, tanpa berani
masuk ke dalamnya. Ia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi bila
melihatnya ada di dalam sana. Ia hanya berharap dapat melihat dari belakang
pondok ini meskipun hujan lebat, dengan keadaannya yang lemah, dia terus
bersikap keras menunggu puan di sana. Puan, dosamu tidak akan terampuni untuk
selama-selamanya.
Message:
Kita sebagai manusia haruslah saling
sayang menyayangi antara manusia tidak kira tua atau muda, kerana kita semua
manusia adalah sama sahaja. Sebagai ibu bapa kita haruslah menunjukkan kasih
sayang kita kepada anak-anak, walaupun rupa dan diri mereka tidak sempurna
seperti yang kita mahukan…
Sunday, 6 January 2013
Friday, 4 January 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Translate
Popular Posts
-
Admin Nak Share satu software bagi pelajar akademi memandu di Malaysia yang baru sahaja melepasi ceramah KPP 01 undang-undang jalan raya. S...
-
DESCRIPTION "The Ultimate One-on-One Artillery Game" – Now with cross-platform ONLINE Play! Pocket Tanks is the fast-paced artille...
-
•To accomplish great things, we must not only act, but also dream, not only plan, but also believe. •When you think you can't... re...
-
Nak Download video episod penuh rancangan tv yang meletop iaitu Sepahtu Reunion Live dengan format HD dan terbaik. boleh download di sini. ...
-
Saksikan Rancangan terhangat tv di Malaysia iaitu program realiti tv terbitan astro iaitu MLM 2014 yang dihoskan oleh pengacara AC ...
-
Download MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 untuk minggu yang ke-11 Suku Akhir Saksikan sketsa rancangan terhebat 2014 dalam HIGH DEFINITION yang d...
-
Hey guys ! I'm back with a lot more interesting item and tricks to share with you. Lets enjoy. FIRSTLY, I've got some tricks on ...
-
Download MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 untuk minggu yang ke-8. Saksikan sketsa rancangan terhebat 2014 dalam HIGH DEFINITION yang diacaraka...
-
MONZO is about discovery and adventure. It is more than model kit construction simulation. In MONZO you can build a model directly...
-
Download MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 untuk minggu yang ke-9 . Download MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 untuk minggu yang ke-10. ( Double Link ) ...